Thursday, October 8, 2015

Peranan rakan sebaya dalam mempengaruhi sosioemosi kanak-kanak :)


Asslamualaikum wbt..
Selamat sejahtera ..


Selamat datang ke Blog saya @penghulucahaya.blogspot.com
Hari ini saya hendak berkongsikan satu informasi penting mengenai

"Peranan rakan sebaya dalam mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak"




Apa itu Rakan Sebaya ???
Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Student Social Support Scale menytakan Kanak-kanak merasakan rakan mereka adalah penting kepada mereka (Malecki & Elliot ,1999)


Berdasarkan kajian Quek Miow Leng (2006) Kumpulan rakan sebaya banyak membawa kesan kepada pencapaian serta aspirasi pelajar jika henda dibandingkan dengan latar belakang atau komposisi sekolah ..
Selain itu , rakan sebaya dikenalpasti sebagai pengaruh kuat terhadap perkembangan akhlak kanak-kanak.
Sebagai contoh, jika kita perhatikan pada zaman kini, anak-anak muda mudah terpengaruh dengan rakan mereka , hal ini akan menyebabkan banyak gajala sosial berlaku dalam kalangan mereka contohnya , penyalahgunaan dadah, terlibat dalam kegiatan porno .



 Namun..
Rakan sebaya juga boleh mendatangkan kesan yang positif terhadap kanak-kanak.
Kita dapat lihat dengan jelas bahawa kanak-kanak sedang melalui transisi daripada interaksi sosial hanya dalam kalangan ahli keluarga kepada peranan dan tugas sosial dan peranan dalam kalangan rakan-rakan. Pengaruh rakan sebaya adalah amat penting dalam perkembangan kanak-kanak khasnya dari perkembangan intelek,sahsiah,emosi dan sosial .

Sosioemosi ?
Sosioemosi merupakan keupayaan kanak-kanak untuk interaksi serta memberikan tindakbalas terhadap sesuatu dan tingkahlaku mengikut kebiasaan masyarakat.

Perkembangan sosioemosi ini dapat diukur samaada melalui tingkahlaku positif seperti berdikari atau mengikut peraturan 
ATAU..
tingkahlaku negatif seperti memberontak, bergaduh, murung dan kurang keyakinan diri ..



Konklusinya , pemilihan rakan sebaya amat penting bagi memastikan kelangsungan perkembangan akhlak kanak-kanak. Pepatah Arab pernah menyebut 'Jika anada berkawan dengan penjual miyak wangi anda pasti akan berbau wangi, tetapi juka anda berkawan dengan tukang besi anda akan berbau busuk'


Sekian .. :) 
jika ada buah fikiran yang hendak dikongsikan bersama , boleh lontarkan diruangan komen :)


Salam Ukhwah :)

10 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum dan Salam sejahtera Saudari.

    Tajuk yang telah Saudari ulas sangat menarik. Saya ingin menambahkan sedikit pendapat tentang tajuk yang telah saudara ulas.

    Pertama sekali, rakan sebaya dikenalpasti mempunyai pengaruh yang kuat terhadap proses pembentukan akhlak di kalangan pelajar sekolah (Che Noraini, 2005). Hal ini kerana di sekolah, mereka mula membuat perhubungan dengan rakan di luar persekitaran keluarga. Di sini, kita akan nampak dengan jelas bahawa kanak-kanak sedang melalui transisi daripada interaksi sosial di dalam keluarga kepada peranan dan kedudukan sebagai orang dewasa. Ini adalah kerana rakan sebaya mempunyai sub-budaya yang tersendiri.

    Sehubungan dengan itu, pengaruh rakan sebaya adalah penting dalam perkembangan kanak-kanak, khasnya dari perkembangan intelek, sahsiah, emosi dan sosial. Misalnya; kanak-kanak bergaul dengan rakan sebaya yang rajin belajar akan mendorong perkembangan intelek dan potensinya ke tahap optimum. Kanak-kanak yang bersosialisasi dengan rakan sebaya yang bersopan santun akan menyerap nilai-nilai murni yang positif daripada mereka.

    Selain itu, yang dijalankan oleh sekumpulan pengkaji dari Universiti Putra Malaysia pula telah mengenal pasti bahawa faktor rakan sebaya merupakan antara faktor penting yang menyebabkan golongan remaja terjebak kepada perlakuan salah laku sosial. Rakan sebaya juga dikenal pasti mempunyai pengaruh terhadap masalah ketagihan rokok, dadah dan alkohol di kalangan remaja berusia 18 tahun selain dari pengaruh ibu bapa dan persekitaran.

    Sekian sahaja dari saya. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam .
      Terima kasih atas kesudian saudari untuk berkongsi ilmu.
      Memang tidak dapat disangkal lagi rakan sebaya memainkan peranan yang sangat penting dalam membentuk seseorang itu . Kita dianjurkan untuk bijak dalam memilih rakan . Jika kita berkawan dengan tukang besi , kita akan terkena tempias bau busuknya . Tetapi jika kita berkawan dengan penjual minyak wangi , yakinlah tempias bau minyak wangi akan terkena pada kita .

      Delete
  3. Asslammualaikum saudari ain,saya ingin memberi beberapa pandangan mengenai peranan sebaya dalam mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak hubungan dengan rakan sebaya ini lebih kepada hubungan yang berbentuk kekeluargaan walaupun rakan rakan tersebut bukan lah ahli keluarga mereka. Orang yang paling penting dalam kehidupan kanak-kanak ialah kawan-kawannya. Rakan sebaya itu ibarat cerminan kepada diri kanak kanak. Hal ini kerana, rakan sebaya itu ternyata memberikan impak yang terbesar dalam kehidupan mereka. Ini kerana semakin kanak-kanak membesar, secara tidak langsung hubungan sosial bersama ahli keluarganya menjadi kurang penting. Kanak- kanak bergaul dengan mereka yang sebaya umur, minat dan tahap sosial. Contoh rakan sebaya ialah kawan-kawan, rakan dalam kelas dan anak-anak jiran. Peranan rakan sebaya lebih besar dalam membentuk tingkah laku individu. Walaupun pengaruh ibu bapa merupakan agen sosialisasi yang kuat, ianya akan berkurangan setelah anak-anak mereka memasuki alam persekolahan di mana mereka mula mengenali rakan-rakan baru yang sentiasa menghabiskan masa bersama-sama dan sentiasa berkongsi hal seharian, berkongsi pendapat dan sebagainya..

    Tanpa disedari, anak-anak telah mempelajari cara berinteraksi dan komunikasi dengan rakan yang mempunyai persamaan dari segi usia, pengalaman, peranan pemikiran dan sebagainya. Impaknya, anak-anak dapat mempelajari sesuatu dengan lebih efektif kerana mereka dapat menyesuaikan apa yang dipelajari berdasarkan faktor-faktor tadi.
    Jika dibandingkan dengan proses sosialisasi dalam keluarga ianya melibatkan hubungan yang tidak seimbang kerana faktor perbezaan usia, pengalaman dan peranan. Ini dapat dibuktikan apabila mereka lebih menerima dan memberi perhatian kepada setiap perbuatan dan tingkah laku rakan berbanding dengan keluarga mereka. Ini kerana mereka yakin sudah mampu mengawal hidup mereka sendiri. Contohnya, ibu bapa tidak mahu melihat anak-anak mereka berpakaian tidak sopan tetapi tidak pula pada mereka kerana mereka lebih cenderung untuk mengikut trend rakan mereka berpakaian. Di sini dapat dilihat konflik antara nilai yang diambil dari rakan sebaya dengan nilai yang sudah ada di dalam keluarga mereka. Kita tidak boleh menafikan bahawa betapa besarnya kemampuan rakan sebaya dalam mempengaruhi anak-anak daripada keluarga sendiri. Personaliti dan jati diri anak-anak akan berubah disebabkan pengaruh rakan sebaya walaupun sebelum ini mereka sudah dididik oleh keluarga. Sekian sahaj dari saya, terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam w.b.t saudari Aziera. Terima kasih kerana sudi untuk berkongsi maklumat dan buah fikran yang bernas dalam forum ini.

      Seperti yang kita tahu , rakan sebaya merupakan mereka yang rapat dengan kanak-kanak dalam tempoh pembesaran. Rakan sebaya didefinisikan sebagai mereka yang mempunyai persamaan umur, hobi dan kegemaran dan sebagainya. Rakan sebaya juga merupakan cerminan kepada diri kanak-kanak.Hal ini kerana, rakan sebaya ternyata memberikan impak yang terbesar dalam kehidupan mereka.
      Kanak-kanak mula mempelajari cara berkomunikasi dan interaksi dengan rakan sebaya yang mempunyai persamaan dari segi usia, pengalaman, peranan pemikiran dan sebagainya.

      Delete
  4. Asslammualaikum saudari,saya ingin memberi beberapa pandangan mengenai apakah peranan sebaya dalam mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak hubungan dengan rakan sebaya ini lebih kepada hubungan yang berbentuk kekeluargaan walaupun rakan rakan tersebut bukan lah ahli keluarga mereka. Orang yang paling penting dalam kehidupan kanak-kanak ialah kawan-kawannya. Rakan sebaya itu ibarat cerminan kepada diri kanak kanak. Hal ini kerana, rakan sebaya itu ternyata memberikan impak yang terbesar dalam kehidupan mereka. Ini kerana semakin kanak-kanak membesar, secara tidak langsung hubungan sosial bersama ahli keluarganya menjadi kurang penting. Kanak- kanak bergaul dengan mereka yang sebaya umur, minat dan tahap sosial. Contoh rakan sebaya ialah kawan-kawan, rakan dalam kelas dan anak-anak jiran. Peranan rakan sebaya lebih besar dalam membentuk tingkah laku individu. Walaupun pengaruh ibu bapa merupakan agen sosialisasi yang kuat, ianya akan berkurangan setelah anak-anak mereka memasuki alam persekolahan di mana mereka mula mengenali rakan-rakan baru yang sentiasa menghabiskan masa bersama-sama dan sentiasa berkongsi hal seharian, berkongsi pendapat dan sebagainya..

    Tanpa disedari, anak-anak telah mempelajari cara berinteraksi dan komunikasi dengan rakan yang mempunyai persamaan dari segi usia, pengalaman, peranan pemikiran dan sebagainya. Impaknya, anak-anak dapat mempelajari sesuatu dengan lebih efektif kerana mereka dapat menyesuaikan apa yang dipelajari berdasarkan faktor-faktor tadi.
    Jika dibandingkan dengan proses sosialisasi dalam keluarga ianya melibatkan hubungan yang tidak seimbang kerana faktor perbezaan usia, pengalaman dan peranan. Ini dapat dibuktikan apabila mereka lebih menerima dan memberi perhatian kepada setiap perbuatan dan tingkah laku rakan berbanding dengan keluarga mereka. Ini kerana mereka yakin sudah mampu mengawal hidup mereka sendiri. Contohnya, ibu bapa tidak mahu melihat anak-anak mereka berpakaian tidak sopan tetapi tidak pula pada mereka kerana mereka lebih cenderung untuk mengikut trend rakan mereka berpakaian. Di sini dapat dilihat konflik antara nilai yang diambil dari rakan sebaya dengan nilai yang sudah ada di dalam keluarga mereka. Kita tidak boleh menafikan bahawa betapa besarnya kemampuan rakan sebaya dalam mempengaruhi anak-anak daripada keluarga sendiri. Personaliti dan jati diri anak-anak akan berubah disebabkan pengaruh rakan sebaya walaupun sebelum ini mereka sudah dididik oleh keluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam w.b.t
      Terima kasih atas kesudian saudari untuk berkongsi maklumat dan informasi yang sangat bernas.

      Rakan sebaya sangat-sangat memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan kanak-kanak. Kerana melalui pergaulan kanak-kanak dengan rakan sebaya mereka akan mula belajar cara untuk berinteraksi, bersosial dan berkomunikasi dengan baik dengan orang-orang sekelilingnya.

      Kanak-kanak akan berhubung dengan mereka yang mempunyai usia, minat dan kesukaan yang sama anatara satu sama lain.Mereka sepatutnya mencari dan berkawan dengan yang baik hal ini kerana , jika mereka berkawan dengan tukang besi , mereka akan terkena tempias bau busuknya. Dan jika mereka berkawan dengan penjual minyak wangi , pasti mereka akan berbau wangi juga.

      Delete
  5. Hai disini saya ingin memberi respon dan pendapat kepada awak tentang betapa pentingnya rakan sebaya. Disini saya ingin memberi pandangan bahawa kita mestilah dekati rakan-rakan yang berfikiran positif, rajin dan bersemangat tinggi untuk berjaya. Dalam masa yang sama, kurangkan masa yang kita luangkan dengan pelajar-pelajar yang malas, bermasalah disiplin dan suka merungut. Gabungan tindakan kita ini akan menaikkan semangat kita untuk belajar dengan lebih baik.

    Selain itu, Rakan Sebaya adalah antara agen sosial yang berpengaruh di dalam membentuk sikap dan akhlak individu kerana mereka merupakan kelompok rujukan bagi remaja di dalam tingkah laku mereka. Remaja akan mengubahsuai dan mengadaptasikan nilai-nilai Rakan Sebayanya untuk mendapat penerimaan dan pengakuran daripada kumpulan rakan sebaya yang mereka ikuti kerana rakan sebaya dapat mencorak personaliti individu tertentu. Pakar Psikologi Barat, Carl Rogers menyatakan ada beberapa perubahan ketara kepada seorang remaja antaranya perubahan fizikal, emosi dan pemikiran. Perubahan emosi dan fikiran akan mendorong remaja memperluas dan memperbesarkan kuantiti dan jaringan rakan sosialnya. Mereka lebih rela menceritakan dan mencurahkan segala masalah dan perasaan mereka kepada rakan Sebaya berbanding ibu bapa, guru atau orang dewasa yang lain. Hal ini demikian kerana rakan sebaya dianggap lebih memahami sikap dan perasaan mereka dan dalam masa yang sama mereka ingin membuktikan mereka boleh berdikari dan berkemampuan seperti orang dewasa.

    Oleh itu. Pendekatan logikal ialah menggunakan remaja utk mempengaruhi remaja lain. Program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dapat memenuhi hasrat ini dengan syaratt mereka dilatih dan diselia dengan teratur.
    Tuntasnya, rakan sdebaya memainkan peranan yang penting di dalam menentukan arah kehidupan kita. Oleh itu, kita hendaklah berhati-hati ketika memilih rakan sebaya. Bukan semua rakan sebaya patut dijadikan kawan kerana akan ada yang mempengaruhi ke arah kebaikan dan akan ada yang mempengaruhi ke arah kejahatan. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Seseorang itu atas agama (perjalanan) rakannya, maka hendaklah seseorang kamu memperhatikan siapa yang harus dipilih menjadi rakan.” Samada berperanan sebagai seorang kawan atau pun berperanan sebagai seorang lawan, pilihlah rakan dengan bijak. Kesilapan memilih Rakan Sebaya pasti akan mengakibatkan keruntuhan akhlak, gejala sosial yang berleluasa dan kemerosotan disiplin. INGATLAH, rakan ketawa mudah dicari, rakan menangis sukar dicari. Sekian sahaja hujah saya. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai,
      Terima kasih atas kesudian saudari untuk memberikan informasi dan maklumat yang menarik dan bagus .

      Sepertimana yang kita tahu, rakan sebaya merupakan agen sosial yang memainkan peranan penting dalam kehidupan kanak-kanak.
      Kanak-kanak lebih banyak menghabiskan masanya dengan rakan sebaya yang pada tanggapan mereka lebih menyeronokkan dan tidak dikongkong.
      Kanak-kanak akan belajar cara untuk bersosial dengan masyarakat sekeliling dengan adanya ajaran dan pengaruh rakan sebaya mereka.

      Kanak-kanakseharusnya pandai memilih rakan sebaya agar mereka tidak terjerumus ke lembah yang tidak elok dikemudian harinya.

      Delete