Thursday, October 8, 2015

Peranan rakan sebaya dalam mempengaruhi sosioemosi kanak-kanak :)


Asslamualaikum wbt..
Selamat sejahtera ..


Selamat datang ke Blog saya @penghulucahaya.blogspot.com
Hari ini saya hendak berkongsikan satu informasi penting mengenai

"Peranan rakan sebaya dalam mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak"




Apa itu Rakan Sebaya ???
Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Student Social Support Scale menytakan Kanak-kanak merasakan rakan mereka adalah penting kepada mereka (Malecki & Elliot ,1999)


Berdasarkan kajian Quek Miow Leng (2006) Kumpulan rakan sebaya banyak membawa kesan kepada pencapaian serta aspirasi pelajar jika henda dibandingkan dengan latar belakang atau komposisi sekolah ..
Selain itu , rakan sebaya dikenalpasti sebagai pengaruh kuat terhadap perkembangan akhlak kanak-kanak.
Sebagai contoh, jika kita perhatikan pada zaman kini, anak-anak muda mudah terpengaruh dengan rakan mereka , hal ini akan menyebabkan banyak gajala sosial berlaku dalam kalangan mereka contohnya , penyalahgunaan dadah, terlibat dalam kegiatan porno .



 Namun..
Rakan sebaya juga boleh mendatangkan kesan yang positif terhadap kanak-kanak.
Kita dapat lihat dengan jelas bahawa kanak-kanak sedang melalui transisi daripada interaksi sosial hanya dalam kalangan ahli keluarga kepada peranan dan tugas sosial dan peranan dalam kalangan rakan-rakan. Pengaruh rakan sebaya adalah amat penting dalam perkembangan kanak-kanak khasnya dari perkembangan intelek,sahsiah,emosi dan sosial .

Sosioemosi ?
Sosioemosi merupakan keupayaan kanak-kanak untuk interaksi serta memberikan tindakbalas terhadap sesuatu dan tingkahlaku mengikut kebiasaan masyarakat.

Perkembangan sosioemosi ini dapat diukur samaada melalui tingkahlaku positif seperti berdikari atau mengikut peraturan 
ATAU..
tingkahlaku negatif seperti memberontak, bergaduh, murung dan kurang keyakinan diri ..



Konklusinya , pemilihan rakan sebaya amat penting bagi memastikan kelangsungan perkembangan akhlak kanak-kanak. Pepatah Arab pernah menyebut 'Jika anada berkawan dengan penjual miyak wangi anda pasti akan berbau wangi, tetapi juka anda berkawan dengan tukang besi anda akan berbau busuk'


Sekian .. :) 
jika ada buah fikiran yang hendak dikongsikan bersama , boleh lontarkan diruangan komen :)


Salam Ukhwah :)

Kenapa Pendidikan Awal Kanak-Kanak???

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Alhamdulillah ....
Rezeki tu dimana-mana ..

Ramai kawan-kawan tak berapa sokong wa amik course Pendidikan Awal Kanak-Kanak ..
Kata mereka , tak ada masa depan.
Kata mereka budak tak habis belajar pon boleh jadi cikgu TADIKA.



Tapi tanya diri sendiri ..
Guru macam mana yang kita nak untuk mendidik anak kita pada peringkat awal
Guru yang khusus untuk bidang itu atau guru 'Bidan Terjun'.

Contoh kalau sakit mata , adakah kita akan berjumpa dengan doktor Pakar Jantung?
Sama juga dengan guru ,


Alhamdulillah selepas habis STPM , wa diberi kesempatan bekerja sebagai guru di Tadika ..
Jujur wa kata , wa macam kekok nak buat kerja , yelaa sangat lari dari bidang wa sebelum ni..
Wa tak pernah belajar cara untuk 'handle' 
Dari hari ke hari wa study cara macam mana nak tackle bebudak . Control emosi mereka ..
tapi wa failed ,.... 
Jadi wa muhasabah diri , macam mana wa nak jadi cikgu yang terbaik kalau wa takda ilmu mengenai bidang yang wa ceburi ni ..

Dalam wa tak sedar , wa yang pada mulanya ANTI kanak-kanak, akhirnya Fall'n love dengan kanak-kanak .. sampai boleh kata galeri wa penuh dengan gambar anak-anak murid wa..



'Manusia merancang Allah juga merancang ,
Tetapi Allah lah sebaik-baik perancang'

Dari ANTI kini SUKA..

Wa harap sangat Course wa ni dpandang oleh masyarakat luar , 
agar semua orang tahu betapa pentingnya Pendidikan Awal Kanak-kanak ini..

Rezeki dimana-mana , cari dan tidak (usaha) sahaja permasalahannya..


Salam Ukhwah :)