Pada pandangan anda bagaimanakan keadaan kesihatan mental kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah di malaysia. Adakah mereka menghadapi tekanan atau stress yang tinggi? Bincangkan?
Assalamualaikum dan salam perkongsian ilmu kepada saudari. Bertemu kita di arena forum terbuka ini.
Pada pendapat saya, Kanak-kanak merupakan aset Negara yang amat penting. Untuk membesar dengan sihat dan sempurna, keperluan fizikal dan mental kanak-kanak perlu dipenuhi. Sokongan dari ibu bapa akan dapat membantu kanak-kanak mencapai potensi mereka sepenuhnya dan membentuk peribadi anak-anak apabila mereka dewasa. Adalah mudah untuk mengenal pasti keperluan fizikal kanak-kanak berbanding dengan keperluan mental dan juga keperluan emosi.
Biasanya, ibu bapa akan menyediakan keperluan – keperluan asas kepada anak-anak mereka seperti makanan sihat, tempat tinggal serta pendidikan yang baik dengan harapan kanak-kanak ini akan membesar dengan sempurna dan berjaya dalam kehidupan.
Dalam pada itu, aspek kesihatan mental dan emosi kanak-kanak sering kali tidak diberi perhatian. Kesihatan mental yang baik amat diperlukan untuk menjamin kanak-kanak dapat belajar dengan sempurna, menjalani perkembangan sosial yang baik dan juga dapat mempelajari kemahiran baru.
Seandainya keperluan kesihatan mental dan emosi kanak-kanak tidak dipenuhi, ia boleh mengakibatkan masalah mental di kalangan mereka. Ibu bapa perlu mengetahui keperluan asas kesihatan mental anak-anak mereka agar keperluan ini dapat disediakan dengan sempurna bagi membantu kanak-kanak mempertingkatkan daya kecerdasan, harga dan keyakinan diri serta perkembangan emosi yang baik, kanak-kanak perlu didedahkan dengan keadaan persekitaran yang kondusif, bergaul dengan rakan sebaya yang sesuai dan juga bimbingan yang berterusan dari ibu bapa dan guru-guru.

waalaikumsalam dan salam sejahtera . terima kasih saudari atas kesudian saudari meninggalkan buah fikiran yang agak bernas ini. Memang tidak dapat dinafikan kanak-kanak merupakan aset negara yang sangat berharga yang tidak ternilai harganya. Jadi ,segala keperluan yang diperlukan oleh bakal-bakal pemimpin di masa hadapan ini dilengkapi dengan secukupnya baik dari segi perhatian, kasih sayang dan keperluan asas. Keperluan mental dan emosi kanak-kanak harus diberikan perhatian yang sepenuhnya dan tidak boleh diabaikan sama sekali bagi menjamin masa hadapan yang lebih cerah.
Assalamualaikum saudari Penghulu Cahaya..saya ingin mengemukakan pendapat saya serta perkongsian dengan anda berkenaan topik yang telah anda bangkitkan itu.Stres boleh berlaku kepada kanak-kanak dan remaja. Kanak-kanak dan remaja pada hari ini terdedah kepada pelbagai peristiwa yang boleh menyumbang kepada stres diperingkat usia yang masih muda. Tindak balas yang tidak sihat terhadap stres berlaku apabila kanak-kanak dan remaja mengalami stres yang melampaui tahap yang boleh diterimanya. Kanak-kanak dan remaja yang tidak beruapaya memenuhi harapan tinggi orang di sekelilingnya (ibu bapa, guru) akan mewujudkan masalah emosi seperti (murung, sedih, resah dangelisah) serta masalah tingkah laku seperti (ponteng sekolah, mencuri, dan terlibat dalam jenayah).
Waalaikumsalam saudari Nasriah, terima kasih atas kesudian saudari menitipkan perkongsian yang sangat bernas. Tidak dapat dinafikan bagi mereka yang mengalami stress yang terlampau berkemungkinan besar untuk terjerebak dengan kegiatan yang tidak sihat yang mungkin akan menjejaskan masa hadapan mereka seperti jenayah vandalisme, mencuri, pecah rumah, penyalahgunaan dadah dan sebagainya. Hal ini kerana mereka gagal untuk memenuhi tanggapan dan hasrat orang sekelilingnya . Orang sekeliling seperti ibu bapa, masyarakat dan guru tidak seharusnya meletakkan harapan yang terlalu menggunung terhadap seseorang individu itu.
hai sis ain, benarkan saya berkongsi sedikit info mengenai tajuk yang diberikan. bagi saya,Pada peringkat umur kanak-kanak dalam prasekolah,cara mereka berfikir masih lagi belum berkembang sepenuhnya untuk menganalisis setiap masalah yang mereka hadapi. Hal ini membuat mentaliti mereka tertekan dalam sesetengah keadaan seperti membuat keputusan. Namun demikian , peranan ibubapa mahupun pendidik di prasekolah sangat memainkan peranan yang tinggi untuk melatih mereka untuk belajar berfikir bermula dengan perkara yang kecil supaya mereka membuat pilihan yang baik dalam menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Selain itu, mereka juga sangat mudah terpengaruh disebabkan oleh cara berfikir mereka yang sangat berkembang diperingkat awal. Hal ini menyebabkan mereka tertekan sekiranya mereka terpengaruh dengan kelakuan yang buruk yang akan menyebabkan mereka mengalami masalah mental. Oleh itu dedahkan mereka dengan kelakuan yang baik yang mereka boleh contohi.
Pada umur peringkat sekolah rendah pula cara pemikiran mereka sudah berkembang banyak berdasarkan apa yang mereka pelajari daripada umur prasekolah lagi. Pada linkungan umur ini mereka lebih terdedah dengan dunia luar dan mempunya kebebasan yang lebih bebas daripada linkungan umur prasekolah . Oleh itu mereka mungkin mengalami stress yang lagi tinggi atau lebih rendah berbanding prasekolah . Hal ini sangat dipengaruhi oleh apa yang mereka pelajari diperingkat prasekolah lagi dan juga sangat berkait rapat dengan keadaan sekeliling mereka termasuk bagaimana mereka memilih kawan.sekian terima kasih.
Hai Aziera , Terima kasih atas kesudian saudari untuk berkongsi maklumat yang sangat bernas. Kanak-kanak masih belum boleh berfikir secara kritikal dan luar dari kotak pemikiran. kanak-kanak yang tidak dapat berfikir secara kritis mudah tertekan dengan masalah yang timbul disekelilingnya yang akan menyebabkan mereka mengalami masalah mental. Manakala bagi peringkat sekolah rendah pula, pemikirang mereka sudah lebih terbuka luas berbanding dengan kanak-kanak prasekolah. Mereka pada tahap ini lebih terdedah dengan dunia luar dan masalah yang lebih dan mereka mungkin mengalami stress yang lebih tinggi atau lebih rendah berbanding prasekolah.
Salam. Saya Tira, disini saya ingin menghuraikan tentang tekanan atau juga disebut sebagai stres merupakan satu bentuk kecelaruan emosi yang kerap berlaku pada masa kini. Individu yang menderita akibat tekanan biasanya menunjukkan pemikiran yang negatif, enggan melibatkan diri dalam aktiviti dan kesukaran berinteraksi secara interpersonal (Abbas & Lida, 2013). Dalam satu kajian yang dijalankan Kementerian Kesihatan pada tahun 2006, iaitu Kajian Kesihatan Morbiditi Kebangsaan Malaysia mendapati masalah kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak dan remaja adalah 20.3%, meningkat sebanyak 13% berbanding tahun 1996 (Utusan Melayu, 2011). Ternyata dapatan kajian ini amat membimbangkan dan perlu diberi perhatian dengan lebih serius. Malahan tiada kajian lanjutan yang menunjukkan masalah ini mengalami penurunan. Tekanan juga disifatkan dapat menyebabkan beberapa perubahan tingkah laku dan tubuh badan seperti kesakitan fizikal, gangguan emosi dan psikologi serta kemerosotan prestasi seseorang (Jerrold dlm. Mohamad Zaid et.al, 2009). Isu ini mungkin dianggap remeh oleh sesetengah pihak namun jika dibiarkan tanpa jalan penyelesaian ia akan memberikan kesan jangka panjang yang memudaratkan. Hal ini disokong oleh Sapora (2001) dalam penulisannya menyatakan bahawa telah banyak kajian yang dilakukan mendapati tekanan atau stres mempunyai hubungan yang kuat dalam mempengaruhi pencapaian akdemik pelajar. Menguatkan lagi kenyataan ini, Campbell dan Svenson (dlm. Mastura et.al, 2007) menegaskan apabila tekanan dilihat dari aspek negatif atau terlalu tinggi ianya boleh mendatangkan kesan negatif terhadap kesihatan dan pencapaian akademik seseorang lantas menjadikan ia suatu fenomena yang membimbangkan. Emosi pula membawa definisi bangkitan perasaan dan rasa dalaman hasil tindak balas seseorang terhadap sesuatu perkara, pengalaman dan peristiwa yang berlaku seperti emosi takut, marah, kecewa, gembira, suka dan kasih sayang (Muhammad Uthman Najati dlm. Fariza, 2005). Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) pula menyebut emosi sebagai satu perasaan jiwa yang kuat seperti sedih, marah, takut, ketawa dan menangis yang terangsang dan melibatkan perubahan psikologi serta fisiologi pada seseorang. Oleh itu, emosi atau gangguan emosi akan memberi kesan buruk kepada individu yang mengalaminya jika tidak dapat dikawal dengan baik. Rentetan daripada Kajian Kesihatan Morbiditi Kebangsaan Malaysia yang dijalankan, didapati bahawa 11% golongan muda berusia 16 tahun hingga 24 tahun yang menghadapi tekanan emosi ini pernah terfikir untuk membunuh diri (Dewan Siswa, 2012). Maka, dalam konteks penulisan ini tekanan emosi dalam kalangan murid boleh dikatakan sebagai suatu situasi yang menyebabkan seseorang tertekan emosinya akibat daripada peristiwa, pengalaman, atau bebanan di luar kemampuan mereka. Akta Kanak-Kanak 2001 (2006) pula mencatatkan bahawa kanak-kanak dikategorikan mengalami gangguan emosi jika wujud kerosakan pada fungsi mental dan emosi sehingga menyebabkan gangguan mental dan tingkah laku, kebimbangan, kemurungan, memencilkan diri dan menunjukkan tingkah laki permusuhan. Justeru, setiap isu yang membawa kepada tekanan emosi murid perlu ditangani segera agar matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani dapat dicapai. Sekian
Waalaikumsalam saudari Athirah, terima kasih atas kesudian anda untuk menitipkan buah fikiran anda di forum ini. Tekanan disifatkan sebagai satu perubahan tingkah laku dan tubuh badab seperti kesakitan fizikal, gangguan emosi dan psikologi serta kemerosotan prestasi seseorang. Emosi dan gangguan mental akan memberikan kesan yang negatif kepada individu yang mengalaminya jika tidak dapat dikawal dengan baik. Jadi sebagi masyarakat yang prihatin, kita seharusnya peka dengan perubahan yang dialami oleh kanak-kanak agar mereka tidak terus hanyut dengan masalah mental dan emosi yang dialaminya.
Assalamualaikum dan salam perkongsian ilmu kepada saudari. Bertemu kita di arena forum terbuka ini.
ReplyDeletePada pendapat saya, Kanak-kanak merupakan aset Negara yang amat penting. Untuk membesar dengan sihat dan sempurna, keperluan fizikal dan mental kanak-kanak perlu dipenuhi. Sokongan dari ibu bapa akan dapat membantu kanak-kanak mencapai potensi mereka sepenuhnya dan membentuk peribadi anak-anak apabila mereka dewasa. Adalah mudah untuk mengenal pasti keperluan fizikal kanak-kanak berbanding dengan keperluan mental dan juga keperluan emosi.
Biasanya, ibu bapa akan menyediakan keperluan – keperluan asas kepada anak-anak mereka seperti makanan sihat, tempat tinggal serta pendidikan yang baik dengan harapan kanak-kanak ini akan membesar dengan sempurna dan berjaya dalam kehidupan.
Dalam pada itu, aspek kesihatan mental dan emosi kanak-kanak sering kali tidak diberi perhatian. Kesihatan mental yang baik amat diperlukan untuk menjamin kanak-kanak dapat belajar dengan sempurna, menjalani perkembangan sosial yang baik dan juga dapat mempelajari kemahiran baru.
Seandainya keperluan kesihatan mental dan emosi kanak-kanak tidak dipenuhi, ia boleh mengakibatkan masalah mental di kalangan mereka. Ibu bapa perlu mengetahui keperluan asas kesihatan mental anak-anak mereka agar keperluan ini dapat disediakan dengan sempurna bagi membantu kanak-kanak mempertingkatkan daya kecerdasan, harga dan keyakinan diri serta perkembangan emosi yang baik, kanak-kanak perlu didedahkan dengan keadaan persekitaran yang kondusif, bergaul dengan rakan sebaya yang sesuai dan juga bimbingan yang berterusan dari ibu bapa dan guru-guru.
Assalamualaikum dan salam perkongsian ilmu kepada saudari. Bertemu kita di arena forum terbuka ini.
ReplyDeletePada pendapat saya, Kanak-kanak merupakan aset Negara yang amat penting. Untuk membesar dengan sihat dan sempurna, keperluan fizikal dan mental kanak-kanak perlu dipenuhi. Sokongan dari ibu bapa akan dapat membantu kanak-kanak mencapai potensi mereka sepenuhnya dan membentuk peribadi anak-anak apabila mereka dewasa. Adalah mudah untuk mengenal pasti keperluan fizikal kanak-kanak berbanding dengan keperluan mental dan juga keperluan emosi.
Biasanya, ibu bapa akan menyediakan keperluan – keperluan asas kepada anak-anak mereka seperti makanan sihat, tempat tinggal serta pendidikan yang baik dengan harapan kanak-kanak ini akan membesar dengan sempurna dan berjaya dalam kehidupan.
Dalam pada itu, aspek kesihatan mental dan emosi kanak-kanak sering kali tidak diberi perhatian. Kesihatan mental yang baik amat diperlukan untuk menjamin kanak-kanak dapat belajar dengan sempurna, menjalani perkembangan sosial yang baik dan juga dapat mempelajari kemahiran baru.
Seandainya keperluan kesihatan mental dan emosi kanak-kanak tidak dipenuhi, ia boleh mengakibatkan masalah mental di kalangan mereka. Ibu bapa perlu mengetahui keperluan asas kesihatan mental anak-anak mereka agar keperluan ini dapat disediakan dengan sempurna bagi membantu kanak-kanak mempertingkatkan daya kecerdasan, harga dan keyakinan diri serta perkembangan emosi yang baik, kanak-kanak perlu didedahkan dengan keadaan persekitaran yang kondusif, bergaul dengan rakan sebaya yang sesuai dan juga bimbingan yang berterusan dari ibu bapa dan guru-guru.
waalaikumsalam dan salam sejahtera . terima kasih saudari atas kesudian saudari meninggalkan buah fikiran yang agak bernas ini. Memang tidak dapat dinafikan kanak-kanak merupakan aset negara yang sangat berharga yang tidak ternilai harganya. Jadi ,segala keperluan yang diperlukan oleh bakal-bakal pemimpin di masa hadapan ini dilengkapi dengan secukupnya baik dari segi perhatian, kasih sayang dan keperluan asas. Keperluan mental dan emosi kanak-kanak harus diberikan perhatian yang sepenuhnya dan tidak boleh diabaikan sama sekali bagi menjamin masa hadapan yang lebih cerah.
DeleteAssalamualaikum saudari Penghulu Cahaya..saya ingin mengemukakan pendapat saya serta perkongsian dengan anda berkenaan topik yang telah anda bangkitkan itu.Stres boleh berlaku kepada kanak-kanak dan remaja. Kanak-kanak dan remaja pada hari ini terdedah kepada pelbagai peristiwa yang boleh menyumbang kepada stres diperingkat usia yang masih muda. Tindak balas yang tidak sihat terhadap stres berlaku apabila kanak-kanak dan remaja mengalami stres yang melampaui tahap yang boleh diterimanya. Kanak-kanak dan remaja yang tidak beruapaya memenuhi harapan tinggi orang di sekelilingnya (ibu bapa, guru) akan mewujudkan masalah emosi seperti (murung, sedih, resah dangelisah) serta masalah tingkah laku seperti (ponteng sekolah, mencuri, dan terlibat dalam jenayah).
ReplyDeleteWaalaikumsalam saudari Nasriah, terima kasih atas kesudian saudari menitipkan perkongsian yang sangat bernas. Tidak dapat dinafikan bagi mereka yang mengalami stress yang terlampau berkemungkinan besar untuk terjerebak dengan kegiatan yang tidak sihat yang mungkin akan menjejaskan masa hadapan mereka seperti jenayah vandalisme, mencuri, pecah rumah, penyalahgunaan dadah dan sebagainya. Hal ini kerana mereka gagal untuk memenuhi tanggapan dan hasrat orang sekelilingnya . Orang sekeliling seperti ibu bapa, masyarakat dan guru tidak seharusnya meletakkan harapan yang terlalu menggunung terhadap seseorang individu itu.
Deletehai sis ain, benarkan saya berkongsi sedikit info mengenai tajuk yang diberikan. bagi saya,Pada peringkat umur kanak-kanak dalam prasekolah,cara mereka berfikir masih lagi belum berkembang sepenuhnya untuk menganalisis setiap masalah yang mereka hadapi. Hal ini membuat mentaliti mereka tertekan dalam sesetengah keadaan seperti membuat keputusan. Namun demikian , peranan ibubapa mahupun pendidik di prasekolah sangat memainkan peranan yang tinggi untuk melatih mereka untuk belajar berfikir bermula dengan perkara yang kecil supaya mereka membuat pilihan yang baik dalam menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Selain itu, mereka juga sangat mudah terpengaruh disebabkan oleh cara berfikir mereka yang sangat berkembang diperingkat awal. Hal ini menyebabkan mereka tertekan sekiranya mereka terpengaruh dengan kelakuan yang buruk yang akan menyebabkan mereka mengalami masalah mental. Oleh itu dedahkan mereka dengan kelakuan yang baik yang mereka boleh contohi.
ReplyDeletePada umur peringkat sekolah rendah pula cara pemikiran mereka sudah berkembang banyak berdasarkan apa yang mereka pelajari daripada umur prasekolah lagi. Pada linkungan umur ini mereka lebih terdedah dengan dunia luar dan mempunya kebebasan yang lebih bebas daripada linkungan umur prasekolah . Oleh itu mereka mungkin mengalami stress yang lagi tinggi atau lebih rendah berbanding prasekolah . Hal ini sangat dipengaruhi oleh apa yang mereka pelajari diperingkat prasekolah lagi dan juga sangat berkait rapat dengan keadaan sekeliling mereka termasuk bagaimana mereka memilih kawan.sekian terima kasih.
Hai Aziera , Terima kasih atas kesudian saudari untuk berkongsi maklumat yang sangat bernas. Kanak-kanak masih belum boleh berfikir secara kritikal dan luar dari kotak pemikiran. kanak-kanak yang tidak dapat berfikir secara kritis mudah tertekan dengan masalah yang timbul disekelilingnya yang akan menyebabkan mereka mengalami masalah mental. Manakala bagi peringkat sekolah rendah pula, pemikirang mereka sudah lebih terbuka luas berbanding dengan kanak-kanak prasekolah. Mereka pada tahap ini lebih terdedah dengan dunia luar dan masalah yang lebih dan mereka mungkin mengalami stress yang lebih tinggi atau lebih rendah berbanding prasekolah.
DeleteSalam. Saya Tira, disini saya ingin menghuraikan tentang tekanan atau juga disebut sebagai stres merupakan satu bentuk kecelaruan emosi yang kerap berlaku pada masa kini. Individu yang menderita akibat tekanan biasanya menunjukkan pemikiran yang negatif, enggan melibatkan diri dalam aktiviti dan kesukaran berinteraksi secara interpersonal (Abbas & Lida, 2013). Dalam satu kajian yang dijalankan Kementerian Kesihatan pada tahun 2006, iaitu Kajian Kesihatan Morbiditi Kebangsaan Malaysia mendapati masalah kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak dan remaja adalah 20.3%, meningkat sebanyak 13% berbanding tahun 1996 (Utusan Melayu, 2011). Ternyata dapatan kajian ini amat membimbangkan dan perlu diberi perhatian dengan lebih serius. Malahan tiada kajian lanjutan yang menunjukkan masalah ini mengalami penurunan.
ReplyDeleteTekanan juga disifatkan dapat menyebabkan beberapa perubahan tingkah laku dan tubuh badan seperti kesakitan fizikal, gangguan emosi dan psikologi serta kemerosotan prestasi seseorang (Jerrold dlm. Mohamad Zaid et.al, 2009). Isu ini mungkin dianggap remeh oleh sesetengah pihak namun jika dibiarkan tanpa jalan penyelesaian ia akan memberikan kesan jangka panjang yang memudaratkan. Hal ini disokong oleh Sapora (2001) dalam penulisannya menyatakan bahawa telah banyak kajian yang dilakukan mendapati tekanan atau stres mempunyai hubungan yang kuat dalam mempengaruhi pencapaian akdemik pelajar. Menguatkan lagi kenyataan ini, Campbell dan Svenson (dlm. Mastura et.al, 2007) menegaskan apabila tekanan dilihat dari aspek negatif atau terlalu tinggi ianya boleh mendatangkan kesan negatif terhadap kesihatan dan pencapaian akademik seseorang lantas menjadikan ia suatu fenomena yang membimbangkan.
Emosi pula membawa definisi bangkitan perasaan dan rasa dalaman hasil tindak balas seseorang terhadap sesuatu perkara, pengalaman dan peristiwa yang berlaku seperti emosi takut, marah, kecewa, gembira, suka dan kasih sayang (Muhammad Uthman Najati dlm. Fariza, 2005). Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) pula menyebut emosi sebagai satu perasaan jiwa yang kuat seperti sedih, marah, takut, ketawa dan menangis yang terangsang dan melibatkan perubahan psikologi serta fisiologi pada seseorang. Oleh itu, emosi atau gangguan emosi akan memberi kesan buruk kepada individu yang mengalaminya jika tidak dapat dikawal dengan baik. Rentetan daripada Kajian Kesihatan Morbiditi Kebangsaan Malaysia yang dijalankan, didapati bahawa 11% golongan muda berusia 16 tahun hingga 24 tahun yang menghadapi tekanan emosi ini pernah terfikir untuk membunuh diri (Dewan Siswa, 2012). Maka, dalam konteks penulisan ini tekanan emosi dalam kalangan murid boleh dikatakan sebagai suatu situasi yang menyebabkan seseorang tertekan emosinya akibat daripada peristiwa, pengalaman, atau bebanan di luar kemampuan mereka. Akta Kanak-Kanak 2001 (2006) pula mencatatkan bahawa kanak-kanak dikategorikan mengalami gangguan emosi jika wujud kerosakan pada fungsi mental dan emosi sehingga menyebabkan gangguan mental dan tingkah laku, kebimbangan, kemurungan, memencilkan diri dan menunjukkan tingkah laki permusuhan. Justeru, setiap isu yang membawa kepada tekanan emosi murid perlu ditangani segera agar matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani dapat dicapai. Sekian

Delete